Gabenor tandatangan rang undang-undang larang gugur kandungan

Kevin Stitt. - Foto CNN
Kevin Stitt. - Foto CNN
A
A
A

HOUSTON - Gabenor Oklahoma, Kevin Stitt pada Selasa menandatangani rang undang-undang yang melarang menggugurkan kandungan di Oklahoma, lapor Xinhua.

"Kami mahu Oklahoma menjadi sebuah negeri pro-kehidupan. Saya yakin rang undang-undang itu akan dicabar serta-merta oleh aktivis liberal," kata Stitt.

Di bawah undang-undang baharu itu, menggugurkan kandungan menjadi kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda AS$100,000.

Hanya kes kecemasan perubatan bertujuan untuk menyelamatkan nyawa ibu sahaja yang dibenarkan.

Setiausaha akhbar Rumah Putih Jen Psaki dalam satu kenyataan pada Selasa mengecam langkah itu, sambil menyifatkannya "undang-undang negeri paling ekstrem pernah ditandatangani setakat ini" selain menggesa Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Perlindungan Kesihatan Wanita.

Sebelum ini, negeri Arizona dan Kentucky turut meluluskan undang-undang melarang menggugurkan kandungan. - Bernama

Artikel Berkaitan: