Rakaman suara tular kepada 'Datin': Wisma Putra lapor polis

Kementerian Luar Negeri sedang menjalankan satu siasatan dalaman dan laporan polis berhubung seorang individu lelaki yang didakwa menyampaikan rakaman suaranya kepada seorang individu bergelar 'Datin' berkaitan kementerian itu. - Foto hiasan
Kementerian Luar Negeri sedang menjalankan satu siasatan dalaman dan laporan polis berhubung seorang individu lelaki yang didakwa menyampaikan rakaman suaranya kepada seorang individu bergelar 'Datin' berkaitan kementerian itu. - Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri sedang menjalankan satu siasatan dalaman dan laporan polis berhubung seorang individu lelaki yang didakwa menyampaikan rakaman suaranya kepada seorang individu bergelar 'Datin' berkaitan kementerian itu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius terhadap tuduhan tidak berasas melalui rakaman suara tular tersebut yang dilihat bertujuan menimbulkan kekeliruan bagi kepentingan pihak tertentu.

“Kementerian ingin merujuk kepada isu yang tular di media sosial baru-baru ini berkenaan seorang individu lelaki yang menyampaikan rakaman suaranya kepada seorang individu bergelar ‘Datin’ berkaitan Kementerian Luar Negeri.

“Sehubungan itu, satu siasatan dalaman sedang dilaksanakan dan laporan polis telah dibuat demi melindungi kepentingan dan imej kementerian,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Sebelum ini, tular audio durasi 135 saat di media sosial berkenaan mesej seorang lelaki kepada 'Datin' yang dipercayai menyatakan permasalahan dalaman kementerian itu.

Isu melibatkan Kementerian Luar memuncak selepas dua diplomatnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipanggil balik.

Artikel Berkaitan: