Rumah dihujani peluru, ahli perniagaan Malaysia minta bantuan Wisma Putra

Kumpulan Mafia mengawal tanah miliknya yang dirampas tidak jauh dari kediaman miliknya (kiri). Kesan tembakan oleh mafia berkenaan di rumahnya (kanan). Gambar kecil: Datuk Mohammad Tahir
Kumpulan Mafia mengawal tanah miliknya yang dirampas tidak jauh dari kediaman miliknya (kiri). Kesan tembakan oleh mafia berkenaan di rumahnya (kanan). Gambar kecil: Datuk Mohammad Tahir
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang rakyat Malaysia berasal dari Pakistan, Datuk Mohammad Tahir Rahat meminta bantuan Wisma Putra berhubung keselamatan keluarganya selepas kediaman mereka di negara berkenaan dihujani peluru oleh sekumpulan mafia tempatan baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan seorang ahli perniagaan di Malaysia berkata, serangan mafia tersebut berpunca daripada tindakan kumpulan itu yang mahu merampas tanah miliknya yang diwarisi sejak turun temurun di daerah Hisari Nehri, Pakistan.

“Pada Ahad lalu, sekitar 200 orang mafia lengkap bersenjata melepaskan tembakan ke arah menara peninjau rumah saya sekitar jam 7 pagi. Dalam kejadian itu menyebabkan saya juga terpaksa berbalas tembakan dengan mereka.

“Kejadian itu berlarutan sehingga jam 8.30 pagi, itu pun setelah pihak polis tiba. Namun, kedatangan mereka hanya menyuraikan tembak menembak bukan menghentikan kegiatan mafia berkenaan.