Lelaki tular dakwa polis lindungi penjenayah akan dipanggil

Tangkap layar lelaki tempatan yang tular mendakwa polis tidak ambil tindakan terhadap laporan dibuatnya ke atas seorang individu didakwa sebagai penjenayah.
Tangkap layar lelaki tempatan yang tular mendakwa polis tidak ambil tindakan terhadap laporan dibuatnya ke atas seorang individu didakwa sebagai penjenayah.
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak polis menafikan dakwaan dibuat seorang lelaki tempatan dalam satu video tular yang mendakwa tiada tindakan diambil terhadap laporan dibuatnya ke atas seorang individu didakwa sebagai penjenayah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya mengesan video berkenaan tular di YouTube, memaparkan seorang lelaki dipercayai pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa seorang pegawai penyiasat menerima rasuah dan melindungi penjenayah berkenaan.

"Dalam video tersebut individu suspek mengulas berkenaan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dan mengaitkan beberapa laporan yang dibuat terhadap seorang lelaki warga tempatan tetapi tiada tindakan diambil.

"Dia sengaja membuat tohmahan dan fitnah terhadap pegawai penyiasat kes yang dikaitkan itu. Malah tidak membuat sebarang semakan atau pengesahan laporan tersebut dengan pegawai penyiasat berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pihak polis akan memanggil lelaki itu ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia,"ujarnya.

Artikel Berkaitan: