Ibu tunggal bersyukur anak dapat baju raya baharu

Mohd Fared (tiga dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang anak Zalinda (kiri) pada program Belanja Raya Bersama Asnaf di Mydin Mall Mutiara Rini.
Mohd Fared (tiga dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang anak Zalinda (kiri) pada program Belanja Raya Bersama Asnaf di Mydin Mall Mutiara Rini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Ketibaan Ramadan dan Aidilfitri kali ini cukup berbeza. Itu yang dirasai ibu tunggal, Zalinda Zainal, 34, selepas suaminya, Mohd Nor Hairullah Abu Bakar menyahut seruan Ilahi, Januari lalu.

Zalinda yang tinggal di Taman Tun Aminah dekat sini berkata, pemergian suaminya akibat penyakit asma membuatkan suasana Ramadan dan sambutan Aidilfitri buat lima anaknya berusia 11 hingga setahun agak suram dan tiada seri.

Jelasnya, dia tiada perancangan untuk membeli sebarang persiapan Aidilfitri terutama pakaian raya anak-anak memandangkan dia kini hanya bergantung kepada wang simpanan dan bantuan yang diterima untuk meneruskan kehidupan.

"Arwah suami sebelum ini bekerja di Singapura sebagai pekerja am, namun selepas sempadan negara ditutup bagi membendung Covid-19 dua tahun lalu, arwah tidak lagi ke Singapura.

"Banyak pekerjaan dilakukan arwah suami termasuk menjadi 'runner' dan mengambil upah mengecat rumah di Johor Bahru," katanya. ketika ditemui pada Program Belanja Raya Bersama Asnaf yang di dilancarkan Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid di Mydin Mall Mutiara Rini pada Selasa.

Dalam pada itu Zalinda berkata, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) antara agensi yang paling awal datang ke rumahnya menghulurkan bantuan kewangan selepas suaminya meninggal dunia.

Katanya, bantuan itu sangat membantu memandangkan dia perlu membayar sewa rumah sebanyak RM350 sebulan.

"Anak-anaknya cukup gembira dan teruja memiliki baju raya baharu pada hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Ingat tahun ini tak nak beraya. Tetapi bila dapat sumbangan dari MAINJ, anak-anak cukup gembira lebih-lebih lagi dapat baju raya baharu," katanya.