Semoga Farizal cepat sembuh

Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa melawat Farizal yang cedera ketika perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, pada Ahad.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa melawat Farizal yang cedera ketika perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, pada Ahad.
A
A
A

PENJAGA gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias kini dilaporkan stabil setelah terlibat perlanggaran ketika perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, pada Ahad.

Jurucakap Johor Southern Tigers berkata, Farizal stabil, namun akan berada dalam pemerhatian dan menjalani beberapa ujian perubatan.

"Seluruh keluarga JDT mendoakan supaya Farizal cepat sembuh. Semoga cepat sembuh, Farizal," kata jurucakap Johor Southern Tigers di laman sosial pasukan tersebut, pada awal pagi Isnin.

Dalam pada itu, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa melawat pemain kelahiran Maran, Pahang tersebut di sebuah hospital.

Farizal, 35, sebelum ini terpaksa diusung keluar selepas dipercayai berlaga dengan Shane Lowry.

Artikel Berkaitan: