Gesa Ardern diberi Hadiah Nobel Keamanan

Ardern bijak menangani tragedi serangan di Christchurch
Ardern bijak menangani tragedi serangan di Christchurch
A
A
A

PARIS - PERANCIS. Dua petisyen dalam talian telah diwujudkan bagi melobi Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern supaya diberikan Hadiah Nobel Keamanan tahun ini.

Petisyen di sesawang Change.org yang dibuka sejak empat hari lalu telah berjaya mengumpul lebih 3,000 tandatangan, manakala satu lagi petisyen di portal Perancis, AVVAZ.org mendapat lebih 1,000 tandatangan.

Difahamkan, petisyen di portal AVVAZ.org dimulakan oleh penyair Perancis, Dr Khal Toranbully.

Ardern mencuri perhatian dunia berikutan kebijaksanaan dan sikap kepimpinan beliau dalam menangani insiden serangan pengganas di Christchurch. - Agensi

Artikel Berkaitan: