Anwar pertahan jawatan Presiden PKR

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022.

Pejabat Anwar dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan beliau akan mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2025.

“Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi Adil pada jam 12.14 tengah hari,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Ahad, lebih 8,000 permohonan diterima untuk pencalonan bagi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 melibatkan jawatan peringkat cabang di seluruh negara setakat jam 1 tengah hari, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa.

Artikel Berkaitan: