Si bulus terperangkap 48 jam atas pokok diselamatkan

Seekor kucing terperangkap dua hari atas sebatang pokok diselamatkan bomba.
Seekor kucing terperangkap dua hari atas sebatang pokok diselamatkan bomba.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seekor kucing yang terperangkap selama dua hari atas pokok di Kampung Tersusun Sungai Buluh di sini berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota bomba.

Panggilan kecemasan itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput pada jam 8.45 pagi pada Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota yang tiba lokasi mendapati, terdapat seekor kucing jantan berada di atas sebatang pokok pada ketinggian lebih empat meter.

"Difahamkan kucing itu terperangkap di atas pokok selama dua hari. Anggota menggunakan tangga jentera untuk membawa turun haiwan berkenaan," katanya.

Haiwan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 9.10 pagi.

Artikel Berkaitan: