Kenderaan terbabas angkara tumpahan minyak atas jalan raya

Penghadang konkrit dirempuh sebuah kenderaan dipercayai akibat tumpahan minyak.
Penghadang konkrit dirempuh sebuah kenderaan dipercayai akibat tumpahan minyak.
A
A
A

KLANG - Pengguna jalan raya yang melalui Klang diingatkan lebih berhati-hati berikutan permukaan licin akibat tumpahan minyak.

Menurut pemilik akaun X menggunakan nama Naratif Rakyat memaklumkan, kejadian itu bukan pertama kali berlaku di sekitar Klang.

"(Pada) 13 April lalu, (kejadian tumpahan minyak) berlaku di depan MBDK (Majlis Bandaraya Diraja Klang) menyebabkan lima hingga enam kereta terbabas," katanya menerusi ciapan di aplikasi X pada Rabu.

Pemilik akaun sama pada ciapan sehari sebelumnya turut mengingatkan orang ramai berhati-hati memandu semasa di Andalas atau Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menghala ke Klang.

Menerusi video berdurasi 41 saat yang dikongsi pada aplikasi X itu, sebuah kenderaan terbabas dan merempuh penghadang konkrit selepas jalan yang dilalui licin dipercayai akibat tumpahan minyak.

Akibat rempuhan itu, kenderaan terbabit dilaporkan mengalami kerosakan, namun tiada butiran penuh mengenai mangsa kemalangan.

Bagaimanapun, Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berwajib berhubung dakwaan berkenaan.

Artikel Berkaitan: