Rusia cuba dituduh laku pembunuhan orang awam di Irpen

Rusia mendakwa tentera cuba dituduh Ukraine melakukan pembunuhan penduduk awam di bandar Irpen. - Foto AFP
Rusia mendakwa tentera cuba dituduh Ukraine melakukan pembunuhan penduduk awam di bandar Irpen. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Ukraine sedang menyediakan provokasi untuk menuduh Rusia atas dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai penduduk awam di bandar Irpen, wilayah Kiev, kata jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Mejar Jeneral Igor Konashenkov baru-baru ini.

Pendedahan itu dibuat berdasarkan data yang disahkan oleh Rusia, katanya.

"Saya menarik perhatian anda kepada fakta bahawa unit Angkatan Tentera Rusia meninggalkan penempatan ini (Irpen) lebih seminggu yang lalu", kata Konashenkov seperti dilaporkan media Rusia.

Pihak Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) merancang untuk membawa mayat penduduk yang terkorban akibat tembakan Ukraine ke Irpen manakala SBU juga menganjurkan satu lagi insiden di hutan Pushcha-Voditsa yang melibatkan kemusnahan sebuah kumpulan peninjau Rusia, tambahnya.

"Pegawai SBU bercadang untuk membawa mayat penduduk tempatan yang terkorban akibat tembakan meriam Ukraine dari bilik mayat ke ruang bawah tanah salah satu bangunan di pinggir timur Irpen," ujarnya.

Beliau menyatakan bahawa mayat-mayat askar Rusia yang ditangkap yang sebelum ini dibunuh oleh kumpulan nasionalis Ukraine diletakkan di dalam hutan sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan.

Konashenkov menambah bahawa provokasi di Irpen telah dilakukan dengan tujuan untuk mengedarkan bahan video palsu melalui media Barat.

Pada 24 Februari lalu, Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine selepas Republik Donetsk dan Lugansk di Ukraine merayu meminta bantuan dalam mempertahankan wilayah-wilayah tersebut daripada provokasi Ukraine. - Agensi

Artikel Berkaitan: