5 Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019

A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengisytihar lima deklarasi sempena Himpunan Kedamaian#Soladarity4Peace yang berlangsung di Dataran Merdeka, pagi ini.

Deklarasi yang dikenali sebagai Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019, membawa mesej agar dunia perlu dipertahankan daripada budaya kebencian yang boleh membawa kepada tindakan keganasan.

Berikut merupakan lima deklarasi berkenaan.

1. Mengecam segala tindakan diskriminasi, perlakuan berbentuk keganasan serta pembunuhan atas nama kaum dan agama.

2. Menolak dan mengutuk sebarang tindakan serta budaya kebencian atas nama kaum dan agama.

3. Mendokong segala usaha menghidupkan kedamaian dan menyokong keharmonian antara kaum dan agama.

4. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta Kedaulatan Negara daripada diancam oleh anasir kebencian atas nama kaum dan agama.

5. Menyokong dan berganding bahu bersama warga dunia dalam usaha membina persekitaran berteraskan keamanan dan kedamaian berpaksikan pengiktirafan kepelbagaian kaum dan agama.