Lelaki melecur tong gas meletup

Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Taman Johor Jaya, Johor Bahru pada Sabtu.
Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Taman Johor Jaya, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki melecur selepas berlaku letupan akibat kebocoran tong gas petroleum cecair (LPG) di Taman Johor Jaya di sini pada Sabtu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 tengah hari sebelum 15 anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi.

"Kebakaran berlaku di rumah dua tingkat dan disyaki berlaku letupan akibat kebocoran tong gas LPG. Anggota bomba bertindak memadam kebakaran sepenuhnya di bahagian ruang tamu rumah tersebut.

"Seorang lelaki berusia 49 tahun melecur 70 peratus dan menerima rawatan awal oleh petugas EMRS sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau memberitahu, letupan itu mengakibatkan 80 peratus peralatan dalam rumah musnah manakala bahagian yang terbakar hanya lima peratus.

Katanya, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan manakala operasi tamat pada jam 1.41 petang.

Artikel Berkaitan: