Arab Saudi benar satu juta jemaah usia bawah 65 tahun tunai haji

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk membenarkan sebanyak sejuta umat Islam di bawah usia 65 tahun dari dalam dan luar negara itu menunaikan haji pada tahun ini.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, jumlah maksimum itu dibuat bagi memelihara keselamatan jemaah serta pengunjung Masjid Nabawi susulan pandemik Covid-19.

Selain itu, jumlah jemaah menunaikan haji daripada negara tertentu adalah mengikut kuota yang diperuntukkan kepada setiap negara dengan mengambil kira pematuhan semua cadangan kesihatan.

“Kementerian Haji dan Umrah telah mengumumkan bahawa ibadah haji tahun ini akan dijalankan mengikut peraturan di mana ia terbuka kepada mereka yang berumur di bawah 65 tahun dan telah menerima vaksinasi utama Covid-19 yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Saudi.

“Jemaah haji yang datang dari luar Arab Saudi juga dikehendaki mengemukakan keputusan ujian RT-PCR Covid-19 negatif daripada ujian yang dilakukan dalam tempoh 72 jam dari masa berlepas ke Arab Saudi,” katanya.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam masa sama turut mengingatkan semua jemaah haji supaya mematuhi arahan kesihatan dan mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi memelihara kesihatan dan keselamatan mereka semasa menunaikan ibadah haji nanti.

“Kerajaan Arab Saudi berusaha untuk mengekalkan kejayaan yang dimiliki dalam menangani pandemik Covid-19,” katanya.

Artikel Berkaitan: