X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Kenaikan harga dedak beri kesan pada harga ternakan

Zainol Abidin melihat lembu di ladang penternakan Fatimah MZ Agro Farm.
A
A

KUBANG PASU - Kenaikan harga daging lembu dikhuatiri tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos penternakan terutamanya dedak ketika ini.

Pengarah Urusan Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd, Zainol Abidin Mohamad terpaksa menaikkan harga sekitar RM500 bagi seekor lembu.

Zainol Abidin berkata, mereka terpaksa menanggung kos penternakan yang sangat tinggi hingga memberi kesan pada harga jualan lembu.

"Harga dedak sebelum ini cuma sekitar RM27 seguni untuk seberat 50 kilogram (kg) sahaja namun harga kini naik mendadak hingga mencecah RM40 seguni.

"Dalam sebulan, kami memerlukan kira-kira 300 guni makanan ternakan untuk menampung keperluan haiwan ternakan di ladang penternakan ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah beliau, kenaikan harga makanan ternakan itu menyebabkan harga ternakan juga meningkat tahun ini berbanding tahun lepas.

Beliau memaklumkan, harga seekor lembu hanya sekitar RM4,000 hingga RM5,000 sebelum ini tetapi sekarang RM5,500.

Bagaimanapun, kata Zainol Abidin, dia mengambil inisiatif menggunakan pelepah sawit untuk memberi makan kepada ternakannya bagi menjimatkan kos pengurusan berikutan kenaikan harga dedak.

"Selain pelepah sawit, saya juga memberi haiwan ternakan makan rumput, jerami dan jagung bagi menjimatkan kos berkenaan," katanya.

Bekas pesara guru itu memberitahu, dia menanam sendiri rumput untuk makanan ternakannya berikutan kenaikan harga dedak.

Sebelum ini, sebuah syarikat pengeluar makanan haiwan mengeluarkan notis memaklumkan harga jualan makanan haiwan terpaksa dinaikkan antara RM1 hingga RM2 mulai 15 Februari lepas.

Sebuah lagi syarikat pengeluar turut mengeluarkan notis memaklumkan kenaikan harga sebanyak RM4 bagi setiap beg seberat 50kg yang dijual sejak Khamis.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan harga daging tempatan dijangka meningkat menjelang hari raya Aidilfitri susulan kenaikan harga makanan ruminan.

Antara daging lembu yang boleh didapati di ladang penternakan Fatimah MZ Agro Farm.
Antara daging lembu yang boleh didapati di ladang penternakan Fatimah MZ Agro Farm.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya menerima notis dari salah sebuah syarikat pengedar makanan ruminan terbesar di utara tanah air yang memaklumkan akan berlaku kenaikan harga bagi makanan ruminan bermula 7 April ini.

Katanya, kenaikan harga makanan ruminan itu adalah disebabkan faktor peningkatan kos bahan mentah di pasaran.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!