Irmohizam dilantik duta jenama AAGBS

Irmohizam (tengah) dilantik sebagai duta jenama Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) yang merupakan sebuah fakulti pasca siswazah UiTM.
Irmohizam (tengah) dilantik sebagai duta jenama Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) yang merupakan sebuah fakulti pasca siswazah UiTM.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Eksekutif Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai duta jenama Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) yang merupakan sebuah fakulti pascasiswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jabatan Komunikasi UiTM dalam satu kenyataan berkata, Irmohizam yang merupakan alumni AAGBS adalah penerima pertama bagi anugerah terbabit.

"Ia adalah berdasarkan peranan dan pengalamannya memegang jawatan penting di sektor korporat dan awam serta kualiti keperibadiannya yang cemerlang," katanya pada Jumaat.

Pelantikan tersebut dibuat dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor yang berlangsung di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.

Tambahnya, sebagai duta jenama, Irmohizam akan menyumbang dalam mewujudkan kesedaran jenama tentang AAGBS terutama melalui 'pemasaran' mulut ke mulut, platform media sosial dan kedudukannya dalam industri serta komuniti.

"AAGBS boleh mendapat manfaat daripada penglibatan luas beliau dalam badan korporat dan kerajaan.

"Kerjasama dengan industri adalah penting dalam mendapatkan maklum balas dan pandangan tentang program akademik dan kualiti siswazah AAGBS dalam usaha AAGBS mencapai visi untuk menjadi fakulti pasca siswazah yang diiktiraf di peringkat global," ujarnya.

Artikel Berkaitan: