[VIDEO] Pasangan kekasih ditahan disyaki buang bayi berusia empat bulan

Polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang menemui bayi di tempat buang sampah, pada Khamis.
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang menemui bayi di tempat buang sampah, pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Seorang wanita warga asing dan lelaki tempatan dipercayai sepasang kekasih ditahan kerana disyaki terlibat kes membuang bayi lelaki berusia empat bulan dalam kejadian di sebuah kondominium di Bandar Baru Klang di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, polis menerima laporan pada jam 3.05 petang daripada seorang lelaki tempatan yang menemui bayi malang tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat pembuangan sampah di kondominium itu.

"Pemeriksaan daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ke atas bayi tersebut mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.

"Bayi lelaki yang dianggarkan berumur empat bulan itu didapati meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan kedua-dua suspek dalam kes berkenaan di sekitar kawasan kondominium tersebut.

"Suspek berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: