Selangor haram import plastik dalam tempoh 3-5 tahun

Hee Loy Sian
Hee Loy Sian
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mengharamkan semua import sisa plastik di negeri ini dalam tempoh tiga hingga ke lima tahun akan datang.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi Hee Loy Sian berkata, tempoh masa tersebut bersesuaian bagi memberikan sedikit masa kepada pengusaha-pengusaha kilang import plastik yang beroperasi secara sah di negeri ini.

“Bagi mereka (pengusaha molang sah)sedikit masa. Saya rasa kalau hanya untuk gantung sisa plastik, ia tak cukup untuk jalankan aktiviti harian mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Selangor hanya import sisa plastik bersih, berkualiti]

“Mereka terpaksa import, sebab itu saya bersetuju kita kena beranaur-ansur haramkan sisa plastik ini,”katanya.

Loy Sian berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas-Sijangkang) mengenai dasar Kerajaan Selangor berhubung import sisa plastik di negeri ini.

Mengulas lanjut, Loy Sian yang juga merupakan Adun Kajang memaklumkan bahawa sebagai kerajaan negeri yang adil, isu melibatkan sisa plastik ini perlu dilihat secara menyeluruh bagi memberi keadilan buat semua pihak.

“Kita setuju sisa plastik ini perlu dikawal di mana hanya kilang-kilang yang sah sahaja dibenarkan untuk import.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan Selangor turut menetapkan levi yang lebih tinggi bagi menunjukkan kita tidak menggalakkan import sisa plastik di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Loy Sian memaklumkan bahawa selepas PH mengambilalih pentadbiran kerajaan pusat, Kerajan Selangor dimaklumkan bahawa keadaan sisa plastik di Kuala Langat, Klang dan Ijok berada dalam keadaan tidak terkawal.

Namun begitu beliau berkata permasalahan itu dapat diatasi selepas beberapa tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap pihak bertanggungjawab

“Selepas itu keadaan terkawal dan saya harap agar kita dapat berlaku adil kepada semua pihak khususnya pengusaha kilang sedia ada yang beroperasi secara sah,”katanya.