GRO dicekup cari duit sampingan

Polis menyerbu sebuah premis di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur dan menahan tiga individu pada Rabu.
Polis menyerbu sebuah premis di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur dan menahan tiga individu pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang mencari pendapatan sampingan di sebuah bar di Taman Danau Desa, di sini terbongkar menerusi serbuan polis, pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan pada jam 11.20 malam itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur hasil maklumat dan risikan.

Katanya, tiga individu telah ditahan iaitu seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis, lelaki Bangladesh yang merupakan pekerja premis selain wanita warga Indonesia disyaki GRO.

"Semakan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen.

"Polis telah merampas peralatan audio, resit perniagaan dan pelbagai minuman keras," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati premis itu aktif sejak tiga bulan lalu dan GRO terbabit akan melayan pelanggan berhibur dengan bayaran lingkungan RM100 bagi tempoh satu jam.

Katanya, dipercayai wanita itu menawarkan khidmatnya bergantung kepada panggilan yang diterimanya.

"Polis masih menyiasat sekiranya wujud kegiatan tawaran seks oleh wanita terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) akta yang sama dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP) 1992.