Polis turunkan 250 poster pinjaman ah long

Kesemua poster yang diturunkan dalam Operasi Vulture membabitkan kawasan di sekitar Jalan Bayam - Jalan Barek 12 dan kawasan bandar Kota Bharu.
Kesemua poster yang diturunkan dalam Operasi Vulture membabitkan kawasan di sekitar Jalan Bayam - Jalan Barek 12 dan kawasan bandar Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis menanggalkan 250 poster tawaran pinjaman wang tidak berlesen oleh ah long yang ditampal di sekitar Kota Bharu pada Selasa.

Operasi bermula jam 9 malam membabitkan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, tindakan diambil menerusi Operasi Vulture membabitkan kawasan di sekitar Jalan Bayam - Jalan Barek 12 dan kawasan bandar di sini.

Beliau berkata, pihaknya menanggalkan iklan berkenaan yang ditampal pada papan tanda jalan, pokok, bangunan dan premis perniagaan.

Anggota polis menurunkan poster poster tawaran pinjaman wang tidak berlesen yang ditampal di bandar ini.
Anggota polis menurunkan poster poster tawaran pinjaman wang tidak berlesen yang ditampal di bandar ini.

“Operasi sentiasa dijalankan namun masih ada yang berdegil terus menampal poster tawaran pinjaman tidak berlesen.

“Polis menerima laporan peminjam ditipu ribuan ringgit dan diugut jika gagal membayar balik hutang dalam tempoh dijanjikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Mohd Wazir berkata, orang awam juga diminta bekerjasama menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya ternampak individu atau kumpulan menampal poster atau kain rentang menawarkan pinjaman wang tidak berlesen.

Artikel Berkaitan:

“Kami akan membanteras habis-habisan poster tawaran pinjaman wang tidak berlesen yang boleh memperdayakan orang ramai.

“Individu terbabit dalam kegiatan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” katanya.