Enam samseng jalanan ditahan

Anggota polis memeriksa motosikal pada operasi yang dilakukan semalam.
Anggota polis memeriksa motosikal pada operasi yang dilakukan semalam.
A
A
A

BUTTEROWTH - Padah melakukan aksi berbahaya dan menunggang secara melalu, enam lelaki diberkas dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth awal pagi semalam.

Operasi dilakukan Unit Risikan dan Oprasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang selepas mendapati kawasan lebuh raya berkenaan sering dijadikan litar lumba haram oleh samseng jalanan di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, operasi yang bermula jam 11 malam itu menahan enam lelaki berusia 17 hingga 29 tahun kerana melakukan kesalahan di bawah Sek 42(1)Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Kesemua tahanan dibawa ke Mahkamah Butterworth bagi tujuan permohonan tahanan reman untuk siasatan lanjut," katanya.

Noorzainy berkata, walaupun pihaknya sering melakukan operasi namun masih terdapat lagi kumpulan samseng jalanan yang tidak mengendahkan undang-undang dan melakukan lumba haram serta menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.

Tambahnya, tindakan tegas dan lebih proaktif akan terus dipergiatkan bagi membanteras dan memberi kesedaran terhadap pengguna kenderaan bermotor berkaitan kesalahan seumpama ini.

Artikel Berkaitan: