Pengilang, pengimport pelitup muka wajib buat perakuan SIRIM

Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd berkuat kuasa 4 Julai depan. - Foto 123RF
Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd berkuat kuasa 4 Julai depan. - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd berkuat kuasa 4 Julai depan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi kenyataannya memaklumkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 telah diwartakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, hari ini.

"Pewartaan ini bertujuan untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan dalam perintah ini," katanya pada Selasa.

Menurut kementerian itu, penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat oleh pengguna.

"Dengan adanya penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan," katanya.

Tegas KPDNHEP, kegagalan mematuhi perintah itu boleh menyebabkan syarikat didenda sehingga RM200,000 atau RM500,000 bagi kesalahan kedua.

Bagi kesalahan individu pula, mereka boleh didenda RM100,000 atau dijel sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, individu tersebut boleh didenda RM250,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan: