Ugut bunuh emak kerana dadah

Lelaki berkenaan yang ditahan anggota AADK selepas menerima aduan daripada ibunya.
Lelaki berkenaan yang ditahan anggota AADK selepas menerima aduan daripada ibunya.
A
A
A

MACHANG - Seorang anak bukan sahaja sanggup mencekik leher ibunya yang berusia 80-an apabila tidak memberikan wang seperti diminta malah turut mengugut membunuh wanita itu.

Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Machang, Azahari Abdullah berkata, bimbang dengan ugutan tersebut, warga emas itu bertindak membuat laporan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

“Ibu yang bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan itu terpaksa berhutang bagi memenuhi keperluan dadah anaknya berusia 33 tahun itu.

“Setiap hari, dia perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM20 bagi mengelakkan dia diapa-apakan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, ujian air kencing mendapati lelaki yang masih bujang dan tidak bekerja itu positif dadah jenis opiat.

Artikel Berkaitan: