Tekong, kru bot penumpang diberkas

A
A
A

PELABUHAN KLANG - Tiga individu termasuk dua warga Indonesia diberkas selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(Maritim Malaysia) menahan sebuah bot penumpang di perairan Tanjung Harapan di sini pada Sabtu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, bot yang dikendalikan oleh seorang warga tempatan bersama dua kru warga Indonesia itu ditahan kira-kira jam 6.15 petang.

"Kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 36 hingga 58 tahun.

"Tekong juga gagal mengemukakan sebarang dokumen bot yang lengkap manakala kedua-dua kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, bot dan kesemua suspek kemudian dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah seksyen 474(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu beroperasi tanpa lesen bot dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Beliau turut mengingatkan pemilik dan tekong bot mematuhi undang-undang di laut dengan memastikan bot memiliki lesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: