Rakyat Hungary mengundi hari ini

Viktor Orban. - Foto Reuters
Viktor Orban. - Foto Reuters
A
A
A

BUDAPEST - Kira-kira 8.2 juta pengundi berdaftar di Hungary akan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pilihan raya umum negara itu pada Ahad, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut tinjauan pendapat terkini, sebanyak 41 peratus pengundi menyokong pakatan antara Hungarian Civic Alliance (Fidesz) dan Parti Rakyat Demokratik Kristian (KDNP).

Sebanyak 39 peratus lagi menyokong gabungan United for Hungary terdiri Pakatan Demokratik, Jobbik, Momentum, Parti Sosialis Hungary, Parti Hijau dan parti Dialogue for Hungary.

Sementara itu, 16 peratus lagi adalah pengundi atas pagar.

Hanya pakatan Fidesz-KDNP dan United for Hungary dijangka dapat mencapai lebih lima peratus undi elektoral.

Perdana Menteri Viktor Orban daripada pakatan Fidesz-KDNP dijangka menerima saingan sengit daripada calon parti pembangkang Peter Marki-Zay. Orban menjadi perdana menteri sejak 2010.

Selain itu, referendum mengenai undang-undang melarang "promosi" homoseksual dan penukaran jantina kepada kanak-kanak bawah umur 18 tahun juga akan diadakan pada hari yang sama. - Bernama

Artikel Berkaitan: