Zakat fitrah di Perlis kekal RM7

MAIPs menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di Perlis kekal RM7.Foto hiasan
MAIPs menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di Perlis kekal RM7.Foto hiasan
A
A
A

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini kekal RM7.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penetapan kadar itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengekalkan kadar fitrah pada tahun ini berdasarkan kepada harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

"Selain menunaikan zakat fitrah dengan bayaran tunai, umat Islam juga boleh membayar zakat dengan beras iaitu dengan kadar satu gantang Nabawi bagi setiap seorang bersamaan dengan 2.6 kilogram,” titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs malam ini.

Menurut kenyataan itu baginda bertitah, demikian pada Pelancaran kadar Zakat Fitrah bersempena Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1443H anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dan MAIPs dilaksanakan di Tapak Cerapan Hilal Negeri Perlis, Kompleks Masjid Al-Hussain Kuala Perlis.

Turut mengiringi baginda, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda yang juga merupakan Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan melancarkan penerbitan Sebaran "Adab-adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah" terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Umat Islam boleh mengeluarkan zakat fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya dalam talian melalui pautan MAIPs. - Bernama

Artikel Berkaitan: