Pembukaan sempadan pulih sosioekonomi: Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Singapura atas usaha keras serta kesepakatan berterusan yang membawa kepada pembukaan semula sempadan hari ini. - FOTO IHSAN FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Sultan Ibrahim juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Singapura atas usaha keras serta kesepakatan berterusan yang membawa kepada pembukaan semula sempadan hari ini. - FOTO IHSAN FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
A
A
A

JOHOR BAHRU- Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura dijangka merancakkan lagi usaha-usaha pemulihan negara sekali gus sosioekonomi rakyat selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Sambil menzahirkan rasa kesyukuran, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah hubungan simbiotik dengan negara jiran yang terdekat juga akan pulih, malah lebih baik lagi selepas pembukaan sempadan.

"Ia juga memberi kesan baik kepada sosioekonomi, dengan keluarga dapat bersatu semula setelah lama terpisah dan semakin banyak perniagaan boleh diteruskan apabila orang ramai mula meneruskan kehidupan seperti biasa,” titah baginda yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi, hari ini.

Sultan Ibrahim juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Singapura atas usaha keras serta kesepakatan berterusan yang membawa kepada pembukaan semula sempadan hari ini.

"Kita mesti tetap berjaga-jaga dan terus mengamalkan tabiat-tabiat norma baharu yang telah kita sesuaikan diri sejak dua tahun lepas bagi mengurangkan risiko kepada kesihatan kita,” titah Baginda lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: