Jenazah Kamsiah tiba malam ini

Kamsiah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Siloam Semanggi, Jakarta, kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan).
Kamsiah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Siloam Semanggi, Jakarta, kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan).
A
A
A

JAKARTA- Jenazah wakil tetap Malaysia ke ASEAN, Allahyarhamah Kamsiah Kamaruddin dijangka tiba di tanah air pada pukul 7.50 malam ini.

Menurut Kuasa Usaha Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Adlan Mohd Shaffieq, jenazah akan tiba dengan pesawat Malaysia Airlines MH720 di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Ketibaan akan disambut Menteri Luar Negeri Datuk Seri Saifuddin Abdullah serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Seterusnya, jenazah akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20.

Kamsiah Kamaruddin, 54, meninggal dunia di Hospital Siloam Semanggi, Jakarta, kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan) semalam.

Punca kematian adalah disebabkan oleh denggi dan komplikasi kesihatan, kata Adlan. - Bernama

Artikel Berkaitan: