Kastam serah sumbangan kepada keluarga Orang Asli

Abdul Latif menyerahkan sumbangan barangan keperluan kepada keluarga Orang Asli di Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Kuala Langat pada Jumaat.
Abdul Latif menyerahkan sumbangan barangan keperluan kepada keluarga Orang Asli di Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Kuala Langat pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LANGAT - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) menghulur sumbangan 250 set barang keperluan asas kepada keluarga masyarakat Orang Asli.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, barangan keperluan asas meliputi beras dan makanan kering ini diserahkan kepada wakil keluarga yang menetap di tiga buah kampung iaitu Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Kampung Orang Asli Mutus Tua dan Kampung Orang Asli Paya Rumput.

"Program khidmat masyarakat ini bertujuan bagi mendekatkan mendekatkan masyarakat dengan warga kastam selain memberi pendedahan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan pembenterasan penyeludupan barang tidak sah.

"Program sebegini sering diadakan Kastam pada setiap tahun di samping membantu meringankan beban masyarakat," katanya kepada pemberita selepas Program Khidmat Bakti Masyarakat (CSR) Kastam Zon Tengah Unit II di Kampung Orang Asli Bukit Tadom di sini pada Jumaat.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Zazuli Johan.

Tambahnya, program ini turut melibatkan aktiviti gotong-royong bersama penduduk, baik pulih astaka dan dewan.

"Selain itu, ceramah dan pameran juga diadakan untuk memberi penjelasan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai tugas serta peranan Kastam," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai digesa salurkan maklumat kepada Kastam untuk memerangi jenayah penyeludupan bukan sahaja mercun, tapi rokok, minuman keras, dadah dan kenderaan dengan menyalurkan maklumat di Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau di pejabat kastam terdekat.

Artikel Berkaitan: