Tentera Ukraine guna senjata haram di bawah Perjanjian Minsk

Sebahagian bangunan runtuh akibat pertempuran antara kumpulan pro-Rusia dengan tentera Ukraine di Donetsk baru-baru ini. - Foto Reuters
Sebahagian bangunan runtuh akibat pertempuran antara kumpulan pro-Rusia dengan tentera Ukraine di Donetsk baru-baru ini. - Foto Reuters
A
A
A

DONETSK - Datuk Bandar Donetsk, Alexey Kulemzin mendakwa tentera Ukraine menggunakan senjata yang dilarang di bawah Perjanjian Minsk terhadap orang awam.

"Kejadian sejak beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan bahawa tidak ada tempat di bandar yang selamat," kata Kulemzin kepada agen berita TASS yang disiarkan pada Khamis.

"Baru-baru ini daerah pusat bandar ini diserang oleh peluru berpandu Tochka-U.

"Seperti yang anda lihat di daerah Kirovsky, sebuah bangunan apartmen diserang dengan peluru berpandu Uragan.

"Tidak diragui bahawa senjata yang dilarang berdasarkan perjanjian Minsk digunakan terhadap penduduk awam di bandar ini," ujarnya.

Bandar Donetsk terdedah kepada pengeboman tentera Ukraine yang menyebabkan kematian.

Pada 30 Mac lalu, artileri tentera Ukraine menyerang daerah Kirovsky di barat daya Donetsk.

Dalam serangan itu, bangunan apartmen runtuh sebahagiannya.

Artikel Berkaitan:

Pada tahun 2014, Rusia dan Ukraine bersetuju dengan pelan damai dan mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata di tenggara negara itu. - Agensi