'Cadang bawa pelajar bermasalah ke Muzium Penjara'

Dr. Muhamad Akmal (tiga,kiri) melihat rotan yang digunakan untuk hukuman rotan di penjara.
Dr. Muhamad Akmal (tiga,kiri) melihat rotan yang digunakan untuk hukuman rotan di penjara.
A
A
A

MELAKA - Cadangan untuk menggunakan pendekatan psikologi membawa pelajar yang terlibat dengan masalah sosial ke Muzium Penjara Melaka dilihat lebih berkesan berbanding hukuman rotan.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, usaha seperti itu akan memberi kekesalan kepada mereka untuk tidak terus terbabit dalam masalah sosial yang semakin membimbangkan.

Menurutnya, bagi memastikan usaha itu terlaksana pihaknya akan membawa cadangan itu dalam Mesyuarat Exco dan dibincangkan untuk dimulakan di peringkat sekolah di negeri ini.

Katanya, pelajar-pelajar yang dikenal pasti akan dibawa merasai pengalaman duduk dalam penjara dengan keadaan yang sempit sekali gus mereka akan lebih menghargai kehidupan seandainya kebebasan mereka ditarik.

"Kita kenal pasti anak-anak yang mempunyai masalah sosial yang agak kritikal dan kita akan bekerjasama dengan Muzium Penjara.

"Jadi kita boleh beritahu mereka kalau buat salah, dan dimasukkan ke dalam penjara, kebebasan mereka akan ditarik dan bagaimana perasaan mereka nanti," katanya.

Dr. Muhamad Akmal berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Pameran Metamorfosis Di Sebalik Tembok di Muzium Penjara di Banda Hilir, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, pegawai-pegawai muzium akan memberi penerangan kepada usaha ini mampu mengubah fikiran mereka.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pameran berkenaan akan diadakan selama tiga bulan sehingga Jun depan dan orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi muzium itu dengan bayaran masuk dewasa RM3 dan kanak-kanak RM1.