Penyanyi nasyid tanam ganja didakwa di mahkamah

Penyanyi nasyid dan komposer yang ditahan kerana menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Khamis lalu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, jam 10 pagi Khamis bagi menghadapi pertuduhan kes berkaitan dadah.
Penyanyi nasyid dan komposer yang ditahan kerana menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Khamis lalu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, jam 10 pagi Khamis bagi menghadapi pertuduhan kes berkaitan dadah.
A
A
A

PETALING JAYA - Penyanyi nasyid dan komposer yang ditahan kerana menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Khamis lalu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, jam 10 pagi Khamis bagi menghadapi pertuduhan kes berkaitan dadah.

Lelaki berusia 47 tahun itu hadir di mahkamah dengan memakai baju T hitam dan diiringi pasukan polis.

Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pertuduhan di mahkamah dibuat selepas polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Menurutnya, suspek ditahan bersama 17 pokok ganja, yang dipercayai ditanam sejak dua bulan lalu dalam serbuan di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini.

Minggu lalu, Sinar Harian melaporkan, penyanyi itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah, yang dipercayai dijalankan hampir dua bulan.

Kegiatan itu berjaya dikesan menerusi serbuan yang dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan: