Kampit simen hilang dipercayai kena curi

Rakaman CCTV kepunyaan pemilik sebuah kedai menjual perkakasan rumah di Kampung Parit Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu yang hilang beberapa kampit simen dipercayai dicuri pada Rabu. Foto: Ihsan pembaca
Rakaman CCTV kepunyaan pemilik sebuah kedai menjual perkakasan rumah di Kampung Parit Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu yang hilang beberapa kampit simen dipercayai dicuri pada Rabu. Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

KOTA BHARU - Sekurang-kurangnya 10 kampit simen kepunyaan seorang pemilik kedai hilang dipercayai dicuri oleh tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Parit Limbat, Pasir Tumboh, pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, kejadian itu menyebabkan pemilik kedai menjual perkakasan rumah tersebut kerugian RM185.

"Kehilangan kampit simen itu disedari lelaki berkenaan semasa sedang membuka premis perniagaan milik keluarganya pada jam 7 pagi.

"Sebelum kejadian simen berkenaan berada di luar premis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Menurutnya, hasil semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan terdapat tiga lelaki memunggah simen ke dalam sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna Perak.

Beliau berkata, usaha mendapatkan maklumat dan mengesan suspek terlibat kes tersebut sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan: