Rusia dakwa tangkap penyeksa askarnya di Ukraine

Gambar fail menunjukkan askar-askar pro-Rusia di Mariupol, Ukraine. - Foto Reuters
Gambar fail menunjukkan askar-askar pro-Rusia di Mariupol, Ukraine. - Foto Reuters
A
A
A

KIEV - Dua penduduk Ukraine ditangkap kerana dipercayai menembak dan menyeksa seorang tentera Rusia baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Rusia yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Duma, Vladimir Shamanov, dua lelaki tersebut ditangkap selepas tiga hari video penyeksaan itu tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama kedua-dua lelaki berkenaan.

Sebelum ini tersebarnya satu video yang menunjukkan beberapa orang warga Ukraine yang bersenjata menyeksa dan menembak bahagian kaki seorang askar Rusia ketika perang berlaku di negara tersebut.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Rusia masih belum mengesahkan dakwaan ahli parlimen tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: