Portugal mara ke Piala Dunia Qatar 2022

Pemain Portugal meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Macedonia Utara.
Pemain Portugal meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Macedonia Utara.
A
A
A

DUA gol klinikal pemain Portugal, Bruno Fernandes sudah cukup membolehkan A Seleção mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menjinakkan Macedonia Utara 2-0.

Digemuruh 50,000 para penyokong di Estádio do Dragão, Porto, A Seleção mendominasi permainan dari awal, namun bergelut untuk memecah benteng Lynxes pimpinan Blagoja Milevski.

Lebih malang tuan rumah kendalian Fernando Santos yang menguasai 70 peratus hanya berjaya melakukan tiga percubaan tepat ke arah gawang pasukan pelawat.

Biarpun begitu Fernandes terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-32 minit separuh masa pertama selepas memintas hantaran, kapten Macedonia Utara, Stefan Ristovski, untuk melakukan gerakan satu-dua dengan Cristiano Ronaldo sebelum merembat melepasi menewaskan penjaga gol, Stole Dimitrievski.

Bintang tengah Manchester United berusia 27 tahun itu kemudiannya mengesahkan kemenangan Portugal pada minit ke-65, dengan voli selepas menerima hantaran lintang Diogo Jota.

Sementara itu, Fernandes berkata, "Saya tidak kisah tentang pencapaian individu, namun yang paling penting perlawanan ini akan diingati kerana ia membantu negara saya ke Piala Dunia."

Portugal, yang memenangi Kejuaraan Euro 2016 di Perancis dan Liga Negara-Negara UEFA 2019 di laman sendiri, layak ke pusingan akhir Piala Dunia keenam berturut-turut dan tidak terlepas temasya bola sepak terbesar dunia itu dalam tempoh 20 tahun lalu.

A Seleção terpaksa melalui aksi playoff selepas menduduki tempat kedua Kumpulan A, setelah tewas 1-2 perlawanan terakhir di tempat sendiri kepada Serbia pada November lalu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Santos berkata, "Saya sudah memenangi dua pertandingan dan berharap boleh memenangi pertandingan ketiga di Qatar 2022.

"Pada perlawanan ini terdapat semangat saling membantu dan sokongan hebat orang ramai. Ia adalah kemenangan dan kelayakan yang wajar dan adil."


Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022


Zon Eropah

Poland 2-0 Sweden

Lewandowski 49'

Zieliński 72'

Portugal 2-0 Macedonia Utara

Bruno Fernandes 32', 65'

Poland & Portugal layak ke Qatar 2022