[VIDEO] Maut langgar tong sampah di bahu jalan

Seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng cedera selepas melanggar sebuah tong sampah di tepi jalan Kampung Delek, Klang pada Isnin.
Seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng cedera selepas melanggar sebuah tong sampah di tepi jalan Kampung Delek, Klang pada Isnin.
A
A
A

KLANG - Seorang pekerja restoran maut manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah tong sampah di tepi Jalan Kampung Delek di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian kira-kira jam 7.40 petang itu berlaku ketika penunggang terbabit Nurul Fazira Abdullah, 21, bersama rakannya dalam perjalanan dari arah jalan Sungai Udang menghala ke Kampung Delek.

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dan rakannya telah berlanggar dengan tong sampah milik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berada di bahu sebelah kiri jalan.

"Mangsa (Nurul Fazira) tidak dapat mengawal motosikal jenis Modenas ditunggangnya sebelum terbabas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng perempuan berusia 13 tahun dilapor mengalami kecederaan di tangan dan telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan kerosakan di bahagian hadapan motosikal mangsa.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit boleh hubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd Yunos Abd Rahim di talian 011-25300305," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, tular di media sosial rakaman video berdurasi 36 saat berkenaan insiden terbabit.