MEDAC tidak lantik pihak ketiga uruskan pembiayaan MPPK

Noh measihatkan pengguna tidak terpedaya sindiket penipuan pembiayaan MPPK oleh individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan namanya. (Gambar kecil: Noh Omar)
Noh measihatkan pengguna tidak terpedaya sindiket penipuan pembiayaan MPPK oleh individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan namanya. (Gambar kecil: Noh Omar)
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi tidak melantik mana-mana individu untuk menguruskan pembiayaan di bawah Program Pembiayaan Mikro untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK).

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau menerima rakaman suara melalui WhatsApp terdapat individu yang menggunakan namanya bagi memudahkan urusan permohonan MPPK dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.

Beliau menjelaskan, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menguruskan pembiayaan tersebut sebaliknya sebarang permohonan perlu dibuat terus kepada Bank Rakyat.

"Laporan polis akan dibuat terhadap pihak yang cuba melibatkan nama saya dalam permohonan pembiayaan Pakej Peniaga dan Penjaja Kecil yang saya umumkan baru-baru ini.

"Tidak perlu melalui pihak ketiga. Saya memandang serius perkara ini. Tolong buat laporan kepada Bank Rakyat sekiranya ada pihak lain cuba melakukan perkara sama seperti ini untuk saya segera mengambil tindakan," katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau pada Selasa.

Menerusi rakaman tersebut seorang individu menjelaskan pembiayaan tersebut boleh dibuat melalui dua cara iaitu menerusi permohonan terus kepada Bank Rakyat yang menawarkan pembiayaan sebanyak RM15,000 atau di bawahnya yang menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 selepas mendapat kelulusan daripada menteri.

Bagi pembiayaan di bawah individu terbabit, setiap permohonan dikenakan caj pengurusan sebanyak RM3,000 yang perlu dibayar selepas permohonan diluluskan.

Artikel Berkaitan: