Sembilan lagi kontraktor ditahan SPRM

Sembilan lagi kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Tawau selepas dipercayai mengemukakan penyata bank palsu kepada sebuah pejabat kerajaan di Semporna.
Sembilan lagi kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Tawau selepas dipercayai mengemukakan penyata bank palsu kepada sebuah pejabat kerajaan di Semporna.
A
A
A

TAWAU - Sembilan lagi kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Tawau selepas dipercayai mengemukakan penyata bank palsu kepada sebuah pejabat kerajaan di Semporna.

Kesemua suspek berusia antara 29 hingga 56 tahun terdiri daripada empat wanita dan lima lelaki ditahan pejabat SPRM Cawangan Tawau pada jam 10 pagi Isnin.

Semua suspek melakukan perbuatan mengemukakan penyata bank palsu pada 2017 bagi mendapatkan sebut harga pengurusan kantin membabitkan tempoh selama dua tahun dengan nilai kontrak lebih RM200,000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy yang mengesahkan tangkapan itu berkata, kesemua suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Tawau dalam masa terdekat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 471 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Karunanithy berkata, SPRM Cawangan Keningau pada Jumaat lalu turut menahan dua kontraktor berusia antara 25 hingga 32 tahun atas kesalahan sama melibatkan nilai kontrak kira-kira RM5 juta.

Katanya, dua suspek masing-masing lelaki dan wanita itu ditahan kerana dipercayai mengemukakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan tender perkhidmatan pembekalan makanan untuk sekolah asrama rendah dan menengah.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi memberi peringatan kepada semua kontraktor bahawa mengemukakan dokumen palsu merupakan satu kesalahan dan berharap perkara seumpama itu tidak berulang.

Artikel Berkaitan: