X

Kindly register in order to view this article
!

Pilihanraya ketua kampung relevan

Rodziah
A
A

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan memperhalusi cadangan untuk mewujudkan sistem piliharaya bagi pemilihan ketua kampung di Selangor dalam usaha mempraktikkan demokrasi berparlimen.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail menjelaskan, perkara sama pernah diutarakan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Saya mengakui sudah tiba masanya untuk berlaku adil bagi memberi peluang kepada penduduk memilih sendiri ketua kampung mereka yang difikirkan lebih sesuai.

“Bagaimanapun, perlukan sedikit masa untuk perbincangan dan insya-ALLAH akan diperhalusi cadangan ini,” katanya ketika menjawab soalan mulut R Rajiv (DAP-Bukit Gasing) dalam sidang DUN Selangor, semalam.

Mengulas lanjut mengenai latihan pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) supaya ketua kampung lantikan kerajaan negeri lebih berdaya, Rodziah (PKR-Batu Tiga) memaklumkan, 724 ketua kampung dan setiausaha akan menyertai kursus terbabit dalam masa terdekat.

“Saya ambil maklum mengenai cadangan latihan ini apabila ada aduan mengatakan segelintir ketua kampung yang dilantik masih gagal memberi penjelasan terhadap insentif peduli rakyat (IPR).

“Oleh itu, kursus dan latihan akan diadakan bagi membimbing ketua kampung ini menjadi lebih berdaya selain berupaya menguruskan kampung dengan baik,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PKR-Taman Templer).

Katanya, kerajaan negeri sentiasa menambah baik pengurusan pimpinan kampung termasuk isu yang dibangkitkan berkaitan cukai taksiran, pengurusan sampah dan infrastruktur.

“Selangor menegaskan, pengecualian pembayaran cukai taksiran bagi semua kampung tradisi bermula 1 Januari tahun ini manakala isu pengurusan sampah dibawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) “Bagi permohonan peruntukan infrastruktur pembangunan kampung pula, permohonan yang dibuat MPKK dipanjangkan kepada Pejabat Tanah dan Daerah sebelum dipanjangkan kepada kerajaan negeri.

“Dua kementerian turut terlibat dalam permohonan peruntukan pembangunan infra kampung tradisi ini adalah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kewangan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus