Sultan Muhammad V mahu Kelantan lima terbaik Sukma 2026

Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14, di Kompleks Kota Darulnaim bermula pada Isnin. - Foto Bernama.
Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14, di Kompleks Kota Darulnaim bermula pada Isnin. - Foto Bernama.
A
A
A

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah mahu melihat negeri ini berada pada lima kelompok terbaik dalam saingan Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Kelantan pada 2026 nanti.

Sultan Muhammad V bertitah mahu kerajaan negeri menjalinkan kerjasama strategik dan perkongsian pintar dengan agensi serta organisasi mahir seperti Institut Sukan Negara (ISN).

"Hal ini bertujuan untuk pembangunan atlet. Beta juga mahu kerajaan negeri mempersiapkan atlet-atlet negeri dengan mengenalpasti bakat-bakat untuk diserapkan ke dalam program latihan atlet

berprestasi tinggi," titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah demikian dalam Titah Ucapan Diraja yang dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14, di sini pada Isnin.

Baginda dalam titahnya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Pusat yang telah meluluskan peruntukan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 bagi pembinaan infra dan kemudahan sukan sempena penganjuran temasya Sukma 2026.

Baginda turut menyeru semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama sepenuhnya melibatkan kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

"Hal ini supaya kemudahan sukan tersebut dapat digunakan sepenuhnya menjelang sukma," titah baginda.

Artikel Berkaitan: