Suami isteri maut motosikal bertembung kereta

Keadaan kereta berkenaan selepas kemalangan. - Foto PDRM
Keadaan kereta berkenaan selepas kemalangan. - Foto PDRM
A
A
A

REMBAU - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dipercayai bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 5.6 Jalan Pedas Kundur- Linggi pada pagi Isnin.

Ketua Polis daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa A Munisamy, 70 tahun dan isterinya, L Annapurni, 65, menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Pedas menghala ke Kundur.

"Siasatan awal mendapati sebaik mereka sampai tempat kejadian, motosikal suami isteri itu telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Kia Rio yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan, kedua-dua warga emas itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami parah di bahagian kepala dan mayatnya dihantar ke Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat," katanya ketika mengesahkan laporan kemalangan pada Isnin.

Hazri berkata, pemandu kereta tersebut iaitu seorang wanita berusia 36 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: