Turki enggan ikut telunjuk NATO

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu. - Foto AFP
Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu. - Foto AFP
A
A
A

ANKARA - Turki, Hungary dan beberapa negara lain telah menimbulkan kemarahan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) apabila enggan mengenakan sekatan terhadap kepentingan Rusia, lapor Sputnik.

"Jika oligarki atau mana-mana warga negara Rusia mahu mengunjungi Turki, mereka boleh berbuat demikian," kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu sambil menambah mereka bebas melakukan aktiviti komersial di negara ini.

Mevlut telah memberikan petunjuk bahawa warga negara Rusia tidak akan berdepan halangan tambahan untuk menjalankan perniagaan di Turki.

Turki, yang juga anggota NATO telah menolak untuk melakukan sekatan terhadap warga negara Rusia atau menutup ruang udara kepada pesawat negara tersebut. - Agensi.

Artikel Berkaitan: