58 pengunjung, pengurus pusat hiburan langgar SOP

Antara pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail dikompaun kerana langgar SOP PPN pada Sabtu.
Antara pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail dikompaun kerana langgar SOP PPN pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 58 pengunjung dan pengurus sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah pusat hiburan berkenaan yang beroperasi tidak mematuhi SOP PPN pada jam 11.20 malam.

"Dalam pemeriksaan tersebut, seramai 58 individu warga tempatan berusia 20 tahun hingga 49 tahun telah diperiksa dan dikompaun," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noor Dellhan berkata, tindakan itu mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (PPN) 2021.

"Hasil daripada pemeriksaan tersebut, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992 atas kesalahan menganjurkan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah," katanya.

Noor Dellhan turut menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kita akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di pusat hiburan serta membuat pemantauan ke atas aktiviti kelab malam yang jelas tidak dibenarkan di bawah PPN Fasa 4," katanya.

Artikel Berkaitan: