Tewaskan Itali kejayaan bermakna

Aleksandar Trajkovski (tengah) mengawal bola melepasi pertahanan Itali sebelum merembat gol tunggal perlawanan di Stadio Renzo Barbera, Palermo awal pagi Jumaat. - Foto Getty Images
Aleksandar Trajkovski (tengah) mengawal bola melepasi pertahanan Itali sebelum merembat gol tunggal perlawanan di Stadio Renzo Barbera, Palermo awal pagi Jumaat. - Foto Getty Images
A
A
A

KEJAYAAN menewaskan Itali disifatkan sebagai kejayaan paling bermakna bagi pengendali Macedonia Utara, Blagoja Milveski.

Menurut Milveski, sehingga ke hari ini, dia seperti tidak percaya skuad kendaliannya itu mampu menewaskan juara Eropah itu dan sekali gus menyingkirkan mereka daripada perebutan slot ke Piala Dunia 2022.

“Kejayaan ini sesuatu yang sungguh menakjubkan. Tiada siapa menyangka kami mampu untuk menewaskan Itali, tambahan pula perlawanan ini berlangsung di Palermo.

“Bagaimanapun, itulah yang berlaku iaitu kami berjaya memberikan saingan kepada mereka (Itali) di sepanjang perlawanan dan menjaringkan gol pada saat-saat akhir bagi memastikan kemenangan,” katanya

Pada aksi separuh playoff berkenaan, Macedonia Utara mencatatkan kejutan terbesar pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 apabila menewaskan Juara Euro 2020, Itali 1-0.

Jaringan tunggal Aleksandar Trajkovski pada masa kecederaan sudah cukup memadai bagi membantu kemenangan Macedonia Utara.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Macedonia Utara bakal berdepan Portugal pada aksi kelayakan berikutnya.

Sementara itu Milevski berkata, kesemua pemain Macedonia Utara telah memberikan aksi yang terbaik pada perlawanan berkenaan bagi memastikan kemenangan.

Artikel Berkaitan:

“Kami menang dengan cara Itali di mana kami hanya memerlukan dua percubaan tepat ke pintu gol mereka (Itali) dan percubaan kali kedua berkenaan telah berjaya menghasilkan gol kemenangan.

“Secara keseluruhannya, kami memang berbangga dengan kemenangan ini dan kami sangat berbangga dengan kesemua pemain,” katanya.