Gambar yang dirakam pada 22 Mac 2026 menunjukkan harga bahan api bagi setiap liter dipaparkan di sebuah stesen minyak di Burgos, utara Sepanyol.
Perdana Menteri Sepanyol pada 20 Mac mengumumkan pakej rangsangan menyeluruh bernilai 5 bilion euro (AS$5.8 bilion, kira-kira RM27 bilion) bagi mengurangkan kesan ekonomi akibat perang di Asia Barat.
Langkah itu termasuk pengurangan cukai nilai tambah (VAT) ke atas gas dan bahan api, yang dijangka dapat menurunkan harga di pam sehingga 30 sen euro seliter, atau sekitar 20 euro (kira-kira RM94) bagi satu tangki penuh untuk kereta biasa.
Foto AFP