Rusia arahkan jualan minyak negara dalam mata wang ruble

Vladimir Putin. - Foto AFP
Vladimir Putin. - Foto AFP
A
A
A

RUSIA menetapkan penjualan gasnya akan menggunakan mata wang ruble khususnya kepada negara yang dianggap tidak mesra dengannya, sekali gus menolak naik harga gas dan minyak di Eropah.

Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, langkah itu sebagai balasan terhadap tindakan Barat membekukan aset milik Rusia.

"Saya telah memutuskan untuk melaksanakan satu set langkah untuk menukar pembayaran, secepat mungkin. Kita mulakan dengan menukar pembayaran untuk gas asli kita yang dibekalkan kepada negara yang dikatakan tidak mesra dengan Rusia, kepada ruble Rusia.

"Semua pengguna asing harus diberi peluang untuk membuat transaksi yang diperlukan, dan harus ada prosedur telus yang boleh difahami untuk mereka membuat pembayaran, termasuk prosedur pembelian ruble Rusia dalam pasaran pertukaran asing domestik kami.

"Saya sudah arahkan Bank of Rusia, bersama-sama dengan kerajaan, untuk menentukan prosedur bagi transaksi sedemikian dalam masa seminggu," katanya dalam sidang video khas di Moscow pada Rabu.

Putin pada masa sama memberi jaminan bekalan akan terus disalurkan negara itu di sebalik sekatan ekonomi yang dikenakan Barat.

"Pada masa yang sama, saya ingin secara berasingan menekankan bahawa Rusia akan meneruskan dengan segala cara untuk membekalkan gas asli mengikut jumlah dan harga, mengikut prinsip penetapan harga yang ditetapkan dalam kontrak yang dibuat sebelum ini," katanya.

Negara Eropah bergantung besar kepada bekalan tenaga dari Rusia untuk kegunaan kilang dan rumah penduduk khususnya pada musim sejuk.

Artikel Berkaitan:

Sejak keputusan itu dibuat, harga pukal bagi gas di Eropah melonjak sehingga 30 peratus dan nilai ruble pula meningkat selepas kejatuhan mendadak pasca sekatan Barat.

Cabaran kini adalah buat Kesatuan Eropah untuk mencari jalan pembayaran yang lebih mudah memandangkan institusi kewangan blok itu dihalang dari berurusan dengan Rusia.

Pertukaran ini bermakna insititusi kewangan EU perlu mendapatkan ruble daripada pasaran domestik Rusia.

Setakat ini 40 peratus bekalan gas Eropah adalah dari Rusia namun ketika ini EU sedang berusaha untuk mempelbagaikan sumber bekalan bagi mengurangkan kebergentungan terhadap Rusia.

Namun Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebelum ini menegaskan, tidak ada satu sumber di dunia yang mampu mengantikan sumber minyak Rusia sebanyak 7 juta tong sehari. - Awani