Siasatan dakwaan rasuah projek MRT tiada kaitan MRT Corp

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada Rabu menjelaskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah membabitkan dua firma kejuruteraan yang terlibat dalam Projek Transit Aliran Massa (MRT), tidak berkaitan dengan syarikat atau petugasnya.

MRT Corp dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, pihaknya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan kes itu sekiranya diminta.

Syarikat itu turut mengingatkan rakan perniagaan, kontraktor dan subkontraktor bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk rasuah dalam ekosistem projeknya.

"Tindakan sewajarnya, seperti penamatan kontrak dan/atau senarai hitam, akan diambil terhadap mana-mana syarikat yang didapati terlibat dalam rasuah,” menurut kenyataan itu.

Pada Selasa, media melaporkan tiga pengarah dan dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan projek MRT bernilai lebih RM650 juta. - Bernama

Artikel Berkaitan: