Massila dilantik Naib Canselor UTeM

Massila
Massila
A
A
A

MELAKA - Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang baharu berkuat kuasa Isnin sehingga 20 Mac 2025.

Pelantikan beliau sebagai Naib Canselor kelima UTeM menggantikan Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim yang tamat tempoh lantikan sekali gus menjadikan beliau wanita kedua menerajui kepimpinan UTeM dan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

UTeM dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan Massila, 41, memulakan kerjaya di UTeM pada tahun 2004 sebagai tutor di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM serta pernah menjawat beberapa jawatan pentadbiran antaranya sebagai Penyelaras & Pengurus, Centre of Excellence (CoE) UTeM (Mei 2014 hingga Mei 2017) dan Timbalan Dekan Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (Jun 2017 hingga September 2020).

Massila yang berasal dari Banda Hilir, Melaka memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2003.

Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Perisian dari University of Wales Swansea, United Kingdom dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada tahun 2011 dari The University of Auckland, New Zealand.

Massila juga aktif dalam bidang penyelidikan dan inovasi, penulisan jurnal seminar serta aktiviti konsultansi bagi beberapa agensi kerajaan dan syarikat.

Antara anugerah yang diterima ialah Malaysian Young Women Scientist 2020 oleh MINDS Malaysia.

Artikel Berkaitan: