Mesej tular eksesais pengambilan anggota, pegawai polis tidak benar

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesej tular di media sosial berkaitan eksesais pengambilan anggota dan pegawai polis yang tular di media sosial adalah tidak benar.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) maklumat yang disebarkan itu tidak sah dan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab,

"Orang ramai diminta mengabaikan dan tidak menyebarkan maklumat berkenaan. Segala maklumat tentang pengambilan baharu PDRM boleh dirujuk di Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM," demikian menurut kenyataan PDRM pada Isnin.

Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan permohonan jawatan dalam PDRM yang didakwa boleh dibuat melalui laman sesawang e-Pengambilan.

Mesej itu mula tular selepas Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass dalam satu sidang media di Melaka, Jumaat lalu berkata, terdapat 11,111 kekosongan perjawatan dalam PDRM sehingga 31 Januari lalu.- Bernama

Artikel Berkaitan: