Lima pekerja kilang dicekup khalwat dalam rumah

Mereka yang ditahan Pejabat Agama Daerah Kulim.
Mereka yang ditahan Pejabat Agama Daerah Kulim.
A
A
A

KULIM- Lima pekerja kilang berusia antara 18 hingga 21 tahun di tahan dalam satu serbuan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) kira-kira jam 11.30 malam, semalam.

Ketua Penguat kuasa PADK, Anwar Sariffudin Mat Saad berkata, serbuan dijalankan di sebuah rumah di Taman Angsana bersama tiga pegawai dan penduduk taman berkenaan.

Katanya, sebelum ini penduduk taman berkenaan sering melihat beberapa orang lelaki datang ke rumah berkenaan yang didiami oleh wanita berstatus bujang dan ada kalanya tidur di sana.

"PADK di bantu penduduk, telah mengepung kawasan rumah dan selepas memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa agama, pasangan lelaki yang sebelum ini bersembunyi di dalam rumah cuba melarikan diri melalui pintu belakang, bagaimanapun berjaya ditahan," katanya.

PADK serius menangani masalah maksiat di daerah ini.
PADK serius menangani masalah maksiat di daerah ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kesemua terlibat berasal dari daerah Yan dan bekerja di Kulim serta tidak mempunyai hubungan mahram.

"Kesemua terlibat kemudiannya di bawa ke balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan mereka akan ditahan bawah seksyen 25(a)(b) enakmen kanun jenayah syariah negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat," katanya.

Menurut Anwar, PADK serius dalam menangani masalah maksiat di daerah ini dan meminta kerjasama baik dalam kalangan masyarakat dapat terus dikekalkan.

Artikel Berkaitan: